Catatan

Miracle Persahabatan

Sahabat, antara posyen kesembuhan ketika mengharungi suka dan duka. Tidak kira dia baik atau jahat, disenangi atau tidak, hanya kita sebagai sisi terdekat yang mengetahui. Betullah kata orang, kalau nak tahu perangai seseorang, berkawanlah dengannya, bukan dengar dari mulut orang lain, dan itu adalah perkara yang mengejutkan sebab pada pendapat saya, ramai orang selalu menilai dari luaran sahaja. 

Ilusi Datang Lagi

Imej
    Hujanlah,  padam semua jalur akar yang pernah menjadi penghuni di langit gua, hapuskan penjalar malar hubungan ini dengan siksa memori yang terpanjang, bersihkan nama takdir daripada berpaut dengan lebih dalam, hentikan tarian berdenyut yang memanggil namamu, jikalau hilang walaupun kau jejaki yang tinggal cumalah air mata, seperti aku yang hilang pengelihatan, apalagi melihatmu si celik, terbayang penderitaan meraba dalam malam yang pekat, sudahnya kau menyudahi aku, ditinggalkan tanpa sebab lalu aku yang terpaksa menjadi buruh dalam ingatanku sendiri, mencari cahaya yang tak pasti, dihukum oleh lapisan kenangan durjana, sudahlah ilusi, pergi dari sini.  (Happy reading & gudnite everyone 🐾🌹)

Skeptikal Kah Kita?

Imej
     Hati masih menadah tangan, menanti air mata gugur kerana ilunga menyeksa aku, tapi matahari begitu terik, buat aku terpaksa menarik awan-awan kecil untuk berselindung, agar kekal membeku dengan perasaan yang semakin menyutradai, bunga Disember begitu jauh sekali, entah harganya turun atau naik, atau mungkin aku yang terlalu boros dengan perasaan sendiri, aku rela mengorbankan luluhnya sayap ini lalu diberi pinjam pada sosok yang tidak berdawai,  Maafkan aku, bukan sayap patah yang ingin kuberi, namun sebahagian rona kasih sayangku ada disana yang hangat untukmu, maafkan aku yang memaksamu untuk pulang ke rumah walaupun engkau sudah tidak sudi, maafkan aku yang membuatmu lemas dengan dakwat kata - kataku, mungkin kerna ia hitam, membuatmu benci padaku sekian ini. Ya mungkin saja akulah orang yang paling kau benci, dan mungkin aku tidak wujud lagi dalam ayat dan mimpimu, mungkin sayapku telah kau buang jauh sekali, lalu bagaimana denganku? Aku disini lumpuh d

Bingung

Imej
Kisah ini adalah penceritaan semula daripada tuan punya badan sendiri. 50 persen imaginasi, 50 persen kejadian sebenar. Eh semoga tidak terjadi begitu ya, penulis ni seorang yang penakut, ada hati pula nak berimaginasi ' creepy ' ,dan cerita ini dalam slang sabah, kalau tidak faham tu buat - buat faham sajalah....  (rumah jiran yang tidak berpenghuni dan telah ditinggalkan ntah berapa kurun sudah) πŸ€”       Hmmm, kena kasi tinggal sendiri lagi dalam rumah, baguslah tu, ndada lagi bebelan orang tua yang bikin pening kepala, ndada lagi songehnya menyuruh aku jadi hamba dalam rumah, ndada lagi adekku yang annoying dia tahap dewa, ndada lagi bau manusia, tapi bau hanyir masih ada, ehh mengarut betul, jangan celupar bah.. Sudahlah ko satuurang jak dalam ni rumah, sebenarnya kan, sunyi juga pula ni, jiran pun ndatau pigi mana semua, atok tu ada, dekat rumah sebelah jak, tapi dia jarang keluar, takut nanti darah tinggi, yalah atok aku tu kalau keluar rumah semua kerja dia m

sebenarnya kita

Imej
  Tak selebat hujan yang turun, bukan juga sederas air mata yang hangat, cuma bau langit menembusi mata yang tidak berdosa, apakah kesalahanku? Aku hanya mengimpikan suara yang bisa menolak aku keluar daripada pandangan visual ke arah alam yang nyata, ternyata kita berbeda, kerana memori sudah puas berlari, penat jatuh daripada mimpi yang salah, lalu ia diludahi, dicerna menjadi sisa buangan yang amat dibenci, lalu kenapakah kita menjadi bisu dan tuli? Kemanakah laluan pelangi bersayap yang sering kita gunakan dahulu, aku mendiskusi bersama bulan yang yang semakin kelam, dihenyuk menjadi origami yang tak setia, sesikitpun ia malu berkata-kata, aku tidak mencintai hujan, meskipun bayunya lembut mendesing melalui liang roma kulit, aku mencintai pelangi, kerana pelangi yang tidak sesempurna bintang akhirnya sempurnakan aku, aku sebagai akuvyang cintakan aku dan akhirnya menjadi peeindu di waktu malam, aku tahu kedengkian langit malam yang begitu cemburu akan si penoda hari, ia memisahkan