Skeptikal Kah Kita?
Hati masih menadah tangan, menanti air mata gugur kerana ilunga menyeksa aku, tapi matahari begitu terik, buat aku terpaksa menarik awan-awan kecil untuk berselindung, agar kekal membeku dengan perasaan yang semakin menyutradai, bunga Disember begitu jauh sekali, entah harganya turun atau naik, atau mungkin aku yang terlalu boros dengan perasaan sendiri, aku rela mengorbankan luluhnya sayap ini lalu diberi pinjam pada sosok yang tidak berdawai, Maafkan aku, bukan sayap patah yang ingin kuberi, namun sebahagian rona kasih sayangku ada disana yang hangat untukmu, maafkan aku yang memaksamu untuk pulang ke rumah walaupun engkau sudah tidak sudi, maafkan aku yang membuatmu lemas dengan dakwat kata - kataku, mungkin kerna ia hitam, membuatmu benci padaku sekian ini. Ya mungkin saja akulah orang yang paling kau benci, dan mungkin aku tidak wujud lagi dalam ayat dan mimpimu, mungkin sayapku telah kau buang jauh sekali, lalu bagaimana denganku? ...